Jumlah Paparan Halaman
Isnin, 17 Disember 2012
Masihkah Ada Jodoh Kita - Part 1
Pagi yang sejuk, nyaman, tenang. Kabus tebal akibat hujan lebat awal pgi tadi membuatkan aku semakin malas untuk meninggalkan tempat tidur. Pagi ni seperti yang dirancang, aku perlu menghadiri kuliah. Arghhh... benda yang paling aku tidak suka tapi aku kene lakukan dan hadapi sebab atas urusan kerja. Tanpa lengah, aku mencapai tuala dan terus membersihkan diri. Selesai solat, kini aku bersiap, berhias seperti selalu sebelum ke tempat kerja. Nasib baik kali ni rakan sebilik aku satu kepala dengan aku. Banyak yang kami bualkan sampai tak sedar waktu makin cemburukan kami.
Di dewan makan, mata aku melinau mencari tempat untuk meletakkan punggung. Sambil-sambil tu mulut ni tak lengkang dari melirikkan senyuman kepada kawan-kawan yang bertanya khabar. Zarina memanggil aku untuk sama-sama mengambil makanan sarapan pagi kami. Tanpa lengah ak terus meninggalkan tempat duduk untuk sama-sama sertai Zarina. Macam biasa, siapa yang tidak kenal dengan Suraya??? Seorang gadis nakal yang kuat celoteh, yang kuat menyakat dan Suraya juga yang selalu menggamatkan suasana bilik kuliah. Huhuhu... macam tidak percaya Suraya itu adalah aku.
Selesai makan, bergosip itu dan ini, kami berbaris panjang ke bilik kuliah. Seperti kanak-kanak di sekoalah asrama pun ada. Kadang-kadang naik lucu dengan situasi kami. Seperti biasa, bila sudah sampai dibilik kuliah, kami ambil tempat masing-masing dan 'port' yang paling baik bagi aku yang kuat coloteh ni mestilah ditengah-tengah. Huhhh..Seronok akak-akak dengan makcik-makcik yang ada bila dapat tahu aku terlibat sekali dalam kursus kali ini.
Untuk permulaan hari ini, kuliah agak kurang sedikit dan membuatkan kami peserta rasa macam nak terjun bangunan saja. Macam biasa la, aku mula mainkan peranan bila ada seorang peserta kursus lewat masuk ke kelas. Siapa lagi kalau bukan En. Fairus. Huhhh tengok saja mimik mukanya membuatkan aku ada rasa menyirap sahaja. Perasan bagus pulak tu dia bila penceramah bertanya itu dan ini. Arghh taknak cerita tentang dia lah. 'boring'.
Sampai juga waktu makan tengahari. Memang ini la yang kami nantikan dari tadi. Antara ramai-ramai peserta, akulah orang yang paling kuat dan sering menguap akibat lewat tidur malam tadi. Haaa bergosip tak ingat sampai awal pagi. Klu tidak disebabkan hujan, belum tentu aku dan Zarina tarik selimut. Menu yang dihidangkan hari ni boleh dikatakan okey sahaja. Ye la, aku ni tak banyak songeh sangat bab makan ni, janji perot aku berisi. Okey selesai makan, aku dan Zarina naik kebilik, merehatkan badan, menunaikan solat dan bersiap sedia untuk kulaih seterusnya. Mampukan aku untuk bertahan sampai ke petang??? Nantikan la ye.:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan