Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 23 Disember 2012

KELIRU~~

Aku sendiri tak tahu nak kata apa lagi.... taqk tahu nak luahkan macam mana tentang perasaan ni.. aku sekaraang semakin keliru dengan situasi yang aku alami sekarang... Kalau lah masa itu boleh diundurkan kembali... aku nak bersama yang layak dan sebenar-benar layak. Adakah aku sekarang sudah mementingkan diri sendir tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling?

Aku rasa, aku dah terlalu banyak menjaga hati orang sekeliling sehingga hati dan perasaan aku sendiri tercalar tanpa disedari.. Siapa yang tidak ingin dikasihi, disayangi dan dirindui? Aku juga rasa bangga bila orang yang aku sanggup berkorban demi dia kadang-kadang melihatkan dirinya begitu menghargai aku tapi masalahnyer dia hargai aku disaat hati aku sudah mula beralih kepada insan lain.

Aku memang keliru dengan keadaan sekarang. Apakah perasaan aku sebenarnya pada dirinya? Aku mula beralih arah kepada insan lain yang hadir tanpa diundang kehadirannya. Aku sendiri tidak sedar apa sebenarnya perasaan aku padanya sedangkan sebenarnya aku hanya menganggap dia sebagai seorang kawan.

Kehadiran insan baru dalam hidup aku banyak mengubah diri aku sebenarnya. Aku menjadi seorang yang semakin ceria, aku rasa diri seperti dihargai, aku rasa diri ini disayangi. Tidak seperti sebelum ini, kehadiran aku seperti tiada makna dalam hidupnya.

Insan baru ini membuatkan tidur malam ku tidak lena. Setiap detik hidupku terasa kembali bersinar. Aku seperti mula jumpa sinar kehidupan yang sudah lama hilang dan suram. Setiap nafas aku terasa segar dan kerjaku semkin bersemangat dan bermakna.

TAPI.... aku semakin keliru sejak akhir-akhir ini dengan perubahan 2 insan yang berada dalam jiwa dan hati aku. Dia semakin menjadi insan yang aku sudah tidak kenal walaupon kami berkawan 9 tahun dan insan baru yang seperti sudah tersedar dari mimpi akan kehadiran aku sebenarnya hanya sementara. Aku tidak boleh kehilangan dia dan aku sudah pasti akan kehilangan insan baru kerana aku tidak mungkin akan bersamanya. Hati aku kini keliru samada cinta, kasih dan rindu ini sebenarnya untuk siapa.??

BUAT INSAN BARU ITU... sekiranya kau membaca nota ini... aku mahu kau sedarkan aku dari mimpi yang aku alami ini supaya aku tidak pergi terlalu jauh mendalami mimpi indah ini. Seperti yang aku katakan dulu padamu yang aku tidak pernah rasai perasaan seperti ini..hanya denganmu perasaan ini hadir. Aku mahu kau tahu yang aku memang tidak rasa selesa dengan perasaan seperti ini... Sedarkan lah aku dari mimpi indah.....

~ aina ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan