Huhhhh...... lega bila sudah tamat kursus. Rasa seperti duduk dalam penjara. Penceramah kali ni memang membosankan. Sepanjang aku berkhidmat di syarikat ini, ini lah kali pertama aku dapat penceramah yang membuatkan aku seperti ingin terjun je dalam kolam renang. Nasib baik tempat kali ni tiada kolam renang, kalau tidak sudah lama aku membenamkan diri aku yang memang ingin dibenam. Tapi aku tidak menyalahkan penceramah aku seratus peratus kerana inilah kali pertama dia menjadi penceramah. Rasa nak tergelak pulak, tapi itulah hakikatnya. Ada juga beberapa slot yang dianjurkan menghiburkan tapi ada juga yang mengantukkan.
Sudah dua minggu aku balik dari kursus. Kehidupan aku seperti biasa, sibuk dengan urusan kerja. Biasa lah orang yang bekerja dengan masyarakat ni tidak tentu waktu kerja. Kadang-kadang masa dirumah pun telefon bimbit ini asyik berdering-dering minta disumpah. Alhamdulillah, rakan serumah aku amat memahami bidang tugas aku. Seperti biasa, waktu pagi masuk kerja sahaja aku terus membuka email untuk menanti tugasan. Wah berderet-deret email dari rakan-rakan minta laporan kursus. Ya Allah, aku terlupa untuk menghantar laporan. Apa lagi, ganggang telefon aku angkat dan mendail nombor telefon Zurina, "Makcik laporan kursus dah hantar? Klu dah send kat aku...heheheh macam biasa lah..nanti aku edit-edit sikit bagi cantik..huhuhuhu" "Perangai kau ni memang tidak pernah berubah la Sue" balas Zarina.
Kehidupan harian aku dipenuhi dengan bunga-bunga gurauan, bunga-bunga cinta. Sesiapa yang terpandang lirikan manja aku pasti terkedu. Hahahah...Kelakar pon ada bila aku teringat akan satu peristiwa seorang apek tua terjatuh dalam longkang apabila aku senyum melerek kearahnya. Dengan bangga apek tua kayuh tanpa melihat apa yang ada dihadapannya. Gang!!!! bunyi benda jatuh. Memang kesihan tapi kenalan aku tak boleh disangkalkan lagi. Hilai tawa aku membuatkan apek yang jatuh ke dalam longkang masih mampu tersenyum tanpa rasa malu. Heboh satu pejabat mengatakan aku memang tak patot. Bukan nak ditolong apek tua itu, malah ditertawakan lagi.
En. Fairus.. Huhh kenapa tetiba nama itu muncul dari bibir aku. Seperti pernah aku lihat nama ini. Memang tidak syak lagi. Ini lah insan yang paling aku menyampah sewaktu kursus yang lepas. Kerana kelewatan dia hadir ke kuliah kami semua didenda. Tanpa rasa malu dan serba salah diatas kelewatan dia, tiada kata-kata maaf diucapkan kepada kami. Owh tidak. Kenapa kali ini aku perlu bersama-sama orang pelik ini lagi. Tidak ada orang lain kah yang boleh digandingkan dengan aku untuk menghadiri mesyuarat akan datang bagi mewakili syarikat kami? Bolehkah aku berkerjasama dengan insan yang tidak mempunyai perasaan ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan