Assalammualaikum....
Alhamduillah... aku panjat doa kesyukuran kepada Illahi dengan anugerah yang dikurniakan pada aku, suami dan keluarga. Rezeki dan pemberian yang tidak ternilai harganya. Setelah 5 tahun aku, suami dan keluarga menantikan kehadiran cahaya mata...zuriat dari kami... akhirnya terjawab semua persoalan..tuduhan..kutukan.. Memang benar apa yang orang kata... Allah sentiasa menguji dan menduga setiap mahkluk dan insan-NYA. Pelbagai dugaan, cabaran, rintangan yang aku dan suami lalui, akhirnya kami dikurniakan cahaya mata yang dinantikan.
17 Januari 2013 adalah tarikh keramat yang membawa seribu kenangan... Aku disahkan MENGANDUNG 5 minggu. Dengan rasa gembira, aku sampaikan berita ini kepada suami kerana waktu itu aku berada disisi ibu tercinta yang sedang sakit tenat. Berita gembira ini juga dikongsi bersama keluarga aku. Dan orang yang paling aku sayang...IBU.. Alhamdulillah setelah mendapat berita gembira ini...wajah ibu yang pucat kembali merah berdarah...ceria...dari tak lalu makan...terus ibu makan walaupun tidak habis makanan yang disediakan tetapi cukuplah buat kami satu keluarga gembira dengan perubahan ibu. Ibu kini sudah pandai request apa yang dia nak makan.
20 Januari 2013 aku terus ke Tey Maternity Specialist untuk membuat pengesahan dan rawatan lanjut. Aku tak mahu perkara lepas berulang kembali. Alhamdulillah, doktor telah mengesahakan kehadiran janin dalam rahimku. Gembira tidak terkata... Suntikan dan ubat telah aku terima... Adik aku menjadi seorang pemandu yang berkhemah...hahahha geli hati melihat ragam orang sekeliling aku... masa di kampung..semua pantang larang..petua diturunkan... Naik rimas aku dibuatnya. Tetapi apakan daya, aku perlu mengikut semua itu demi nyawa baru dalan rahimku.
Walaupun aku, suami dan keluarga dalam mood gembira, tetapi aku masih ada perasaan takut...fobia...trauma.. Aku takut ia berulang kembali... Setiap pergerakkan langkah aku sudah perlahan..setiap kerja-kerja berat aku tinggalkan... Aku sudah menjadi insan yang lembut... Demi nyawa yang berada dalam rahimku.
Enam bulan aku mengalami mabuk yang teruk. Aku bersyukur mempunyai teman pejabat dan bos yang baik dan memhami... Suami yang penyanyag...yang mengambil berat, memahami ketidaklaratan aku untuk menguruskan hal-hal rumah. Adik yang sentiasa menjaga pemakanan, aktiviti dan membawa aku pergi buat rawatan kerana suami yang tidak tentu waktu kerjanya.
Ibu pula semakin pulih..secria..dah boleh memandu sendiri..setiap bulan ibu akan datang melawat aku..sepatutnya aku yang melawat ibu tetapi disebabkan aku mempunyi masalah kesihatan, ibu sanggup datang dari kampung yang mengambil masa hampir 4 jam baru sampai ke rumah ku. Demi anak dan bakal cucu ibu redah semuanya. Alhamdulillah keluarga aku sudah kembali ceria seperti dulu.
10 September 2013.. 6.26 petang.. lahirlah seorang anak perempuan yang comel setelah 9 jam aku bertarung nyawa untuk melahirkan dia. Akhirnya aku menjalani pembedahan kerana suhu badan dah tinggi. Setelah tiba diwad, kelihatan wajah suami yang manis tersenyum gembira... Penantian 5 tahun kami berakhir dengan kelahiran puteri yang comel dan aku kini kembali sihat.
Sehingga kini aku masih memanjatkan rasa bersyukur atas kurniaan ini... Hanya ALLAH yang tahu betapa aku terlalu bersyukur dengan pemberiannya. Kini sudah lengkap hidup aku...suami dan anak...
YA ALLAH, AKU BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANMU... LINDUNGILAH AKU, SUAMIKU, ANAKKU DAN KELUARGAKU DARI SEGALA MUSIBAH. KURNIAKANLAH REZEKI YANG HALAL BUAT KAMI.. AMIN..:)