Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 23 Disember 2012

KELIRU~~

Aku sendiri tak tahu nak kata apa lagi.... taqk tahu nak luahkan macam mana tentang perasaan ni.. aku sekaraang semakin keliru dengan situasi yang aku alami sekarang... Kalau lah masa itu boleh diundurkan kembali... aku nak bersama yang layak dan sebenar-benar layak. Adakah aku sekarang sudah mementingkan diri sendir tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling?

Aku rasa, aku dah terlalu banyak menjaga hati orang sekeliling sehingga hati dan perasaan aku sendiri tercalar tanpa disedari.. Siapa yang tidak ingin dikasihi, disayangi dan dirindui? Aku juga rasa bangga bila orang yang aku sanggup berkorban demi dia kadang-kadang melihatkan dirinya begitu menghargai aku tapi masalahnyer dia hargai aku disaat hati aku sudah mula beralih kepada insan lain.

Aku memang keliru dengan keadaan sekarang. Apakah perasaan aku sebenarnya pada dirinya? Aku mula beralih arah kepada insan lain yang hadir tanpa diundang kehadirannya. Aku sendiri tidak sedar apa sebenarnya perasaan aku padanya sedangkan sebenarnya aku hanya menganggap dia sebagai seorang kawan.

Kehadiran insan baru dalam hidup aku banyak mengubah diri aku sebenarnya. Aku menjadi seorang yang semakin ceria, aku rasa diri seperti dihargai, aku rasa diri ini disayangi. Tidak seperti sebelum ini, kehadiran aku seperti tiada makna dalam hidupnya.

Insan baru ini membuatkan tidur malam ku tidak lena. Setiap detik hidupku terasa kembali bersinar. Aku seperti mula jumpa sinar kehidupan yang sudah lama hilang dan suram. Setiap nafas aku terasa segar dan kerjaku semkin bersemangat dan bermakna.

TAPI.... aku semakin keliru sejak akhir-akhir ini dengan perubahan 2 insan yang berada dalam jiwa dan hati aku. Dia semakin menjadi insan yang aku sudah tidak kenal walaupon kami berkawan 9 tahun dan insan baru yang seperti sudah tersedar dari mimpi akan kehadiran aku sebenarnya hanya sementara. Aku tidak boleh kehilangan dia dan aku sudah pasti akan kehilangan insan baru kerana aku tidak mungkin akan bersamanya. Hati aku kini keliru samada cinta, kasih dan rindu ini sebenarnya untuk siapa.??

BUAT INSAN BARU ITU... sekiranya kau membaca nota ini... aku mahu kau sedarkan aku dari mimpi yang aku alami ini supaya aku tidak pergi terlalu jauh mendalami mimpi indah ini. Seperti yang aku katakan dulu padamu yang aku tidak pernah rasai perasaan seperti ini..hanya denganmu perasaan ini hadir. Aku mahu kau tahu yang aku memang tidak rasa selesa dengan perasaan seperti ini... Sedarkan lah aku dari mimpi indah.....

~ aina ~

Khamis, 20 Disember 2012

Cinta Ini Untukmu Seorang

Sayang.....
Tidakkah kau sedar selama ini aku sememangnya SETIA padamu?
Tidakkah kau sedar selama ini aku terlalu banyak BERKORBAN untukmu?
Tidakkah kau sedar selama ini aku banyak mengabiskan MASA ku bersamamu?
Tidakkah kau sedar selama ini aku terlalu banyak MENGHARGAI dirimu?

Sayang.....
Perlukah aku menyatakan setiap DETIK aku mencintaimu?
Perlukah aku menyatakan setiap SAAT aku memerlukanmu?
Perlukah aku menyatakan setiap MINIT denyutan jantungku untukmu?
Perlukah aku menyatakan setiap JAM aku terlalu merinduimu?
Perlukah aku menyatakan setiap WAKTU aku terlalu merinduimu?

Sayang.....
Apa yang aku perlukan darimu adalah sebuah kasih sayang...
Apa yang aku perlukan darimu adalah kejujuran...
Apa yang aku perlukan darimu adalah cinta....
Apa yang aku perlukan darimu adalah keikhlasan...
Apa yang aku perlukan darimu adalah keserasian...

Sayang...walaupon apa yang terjadi selama ini dalam perhubungan kita akan aku sispkan dalam sebuah diari indah walupon ia adalah sebuah memori yang amat memedihkan buat aku untuk terus hidup dalam memori yang kau tinggalkan untuk aku..
Pada-NYA aku bermohon...Sekiranya memang ini jodoh kita, aku bermohon agar kita dibekalkan dengan keimanan dan kasih sayang yang abadi. Dan sekiranya ini bukan jodoh kita...biarlah kita berpisah secara damai supaya tiada sengketa diantara kita....insya'ALLAH....

Masihkah Ada Jodoh Kita - Part 2

Huhhhh...... lega bila sudah tamat kursus. Rasa seperti duduk dalam penjara. Penceramah kali ni memang membosankan. Sepanjang aku berkhidmat di syarikat ini, ini lah kali pertama aku dapat penceramah yang membuatkan aku seperti ingin terjun je dalam kolam renang. Nasib baik tempat kali ni tiada kolam renang, kalau tidak sudah lama aku membenamkan diri aku yang memang ingin dibenam. Tapi aku tidak menyalahkan penceramah aku seratus peratus kerana inilah kali pertama dia menjadi penceramah. Rasa nak tergelak pulak, tapi itulah hakikatnya. Ada juga beberapa slot yang dianjurkan menghiburkan tapi ada juga yang mengantukkan.

Sudah dua minggu aku balik dari kursus. Kehidupan aku seperti biasa, sibuk dengan urusan kerja. Biasa lah orang yang bekerja dengan masyarakat ni tidak tentu waktu kerja. Kadang-kadang masa dirumah pun telefon bimbit ini asyik berdering-dering minta disumpah. Alhamdulillah, rakan serumah aku amat memahami bidang tugas aku. Seperti biasa, waktu pagi masuk kerja sahaja aku terus membuka email untuk menanti tugasan. Wah berderet-deret email dari rakan-rakan minta laporan kursus. Ya Allah, aku terlupa untuk menghantar laporan. Apa lagi, ganggang telefon aku angkat dan mendail nombor telefon Zurina, "Makcik laporan kursus dah hantar? Klu dah send kat aku...heheheh macam biasa lah..nanti aku edit-edit sikit bagi cantik..huhuhuhu" "Perangai kau ni memang tidak pernah berubah la Sue" balas Zarina.

Kehidupan harian aku dipenuhi dengan bunga-bunga gurauan, bunga-bunga cinta. Sesiapa yang terpandang lirikan manja aku pasti terkedu. Hahahah...Kelakar pon ada bila aku teringat akan satu peristiwa seorang apek tua terjatuh dalam longkang apabila aku senyum melerek kearahnya. Dengan bangga apek tua kayuh tanpa melihat apa yang ada dihadapannya. Gang!!!! bunyi benda jatuh. Memang kesihan tapi kenalan aku tak boleh disangkalkan lagi. Hilai tawa aku membuatkan apek yang jatuh ke dalam longkang masih mampu tersenyum tanpa rasa malu. Heboh satu pejabat mengatakan aku memang tak patot. Bukan nak ditolong apek tua itu, malah ditertawakan lagi.

En. Fairus.. Huhh kenapa tetiba nama itu muncul dari bibir aku. Seperti pernah aku lihat nama ini. Memang tidak syak lagi. Ini lah insan yang paling aku menyampah sewaktu kursus yang lepas. Kerana kelewatan dia hadir ke kuliah kami semua didenda. Tanpa rasa malu dan serba salah diatas kelewatan dia, tiada kata-kata maaf diucapkan kepada kami. Owh tidak. Kenapa kali ini aku perlu bersama-sama orang pelik ini lagi. Tidak ada orang lain kah yang boleh digandingkan dengan aku untuk menghadiri mesyuarat akan datang bagi mewakili syarikat kami? Bolehkah aku berkerjasama dengan insan yang tidak mempunyai perasaan ini?

Isnin, 17 Disember 2012

Masihkah Ada Jodoh Kita - Part 1



Pagi yang sejuk, nyaman, tenang. Kabus tebal akibat hujan lebat awal pgi tadi membuatkan aku semakin malas untuk meninggalkan tempat tidur. Pagi ni seperti yang dirancang, aku perlu menghadiri kuliah. Arghhh... benda yang paling aku tidak suka  tapi aku kene lakukan dan hadapi sebab atas urusan kerja. Tanpa lengah, aku mencapai tuala dan terus membersihkan diri. Selesai solat, kini aku bersiap, berhias seperti selalu sebelum ke tempat kerja. Nasib baik kali ni rakan sebilik aku satu kepala dengan aku. Banyak yang kami bualkan sampai tak sedar waktu makin cemburukan kami.

Di dewan makan, mata aku melinau mencari tempat untuk meletakkan punggung. Sambil-sambil tu mulut ni tak lengkang dari melirikkan senyuman kepada kawan-kawan yang bertanya khabar. Zarina memanggil aku untuk sama-sama mengambil makanan sarapan pagi kami. Tanpa lengah ak terus meninggalkan tempat duduk untuk sama-sama sertai Zarina. Macam biasa, siapa yang tidak kenal dengan Suraya??? Seorang gadis nakal yang kuat celoteh, yang kuat menyakat dan Suraya juga yang selalu menggamatkan suasana bilik kuliah. Huhuhu... macam tidak percaya Suraya itu adalah aku.

Selesai makan, bergosip itu dan ini, kami berbaris panjang ke bilik kuliah. Seperti kanak-kanak di sekoalah asrama pun ada. Kadang-kadang naik lucu dengan situasi kami. Seperti biasa, bila sudah sampai dibilik kuliah, kami ambil tempat masing-masing dan 'port' yang paling baik bagi aku yang kuat coloteh ni mestilah ditengah-tengah. Huhhh..Seronok akak-akak dengan makcik-makcik yang ada bila dapat tahu aku terlibat sekali dalam kursus kali ini.

Untuk permulaan hari ini, kuliah agak kurang sedikit dan membuatkan kami peserta rasa macam nak terjun bangunan saja. Macam biasa la, aku mula mainkan peranan bila ada seorang peserta kursus lewat masuk ke kelas. Siapa lagi kalau bukan En. Fairus. Huhhh tengok saja mimik mukanya membuatkan aku ada rasa menyirap sahaja. Perasan bagus pulak tu dia bila penceramah bertanya itu dan ini. Arghh taknak cerita tentang dia lah. 'boring'.

Sampai juga waktu makan tengahari. Memang ini la yang kami nantikan dari tadi. Antara ramai-ramai peserta, akulah orang yang paling kuat dan sering menguap akibat lewat tidur malam tadi. Haaa bergosip tak ingat sampai awal pagi. Klu tidak disebabkan hujan, belum tentu aku dan Zarina tarik selimut. Menu yang dihidangkan hari ni boleh dikatakan okey sahaja. Ye la, aku ni tak banyak songeh sangat bab makan ni, janji perot aku berisi. Okey selesai makan, aku dan Zarina naik kebilik, merehatkan badan, menunaikan solat dan bersiap sedia untuk kulaih seterusnya. Mampukan aku untuk bertahan sampai ke petang??? Nantikan la ye.:)